9/11

 

Semuanya bertitik tolak pada tarikh tragik 11 September, 2001 atau lebih dikenali dunia sebagai 9/11. Dunia melihat dengan kengerian apabila empat penerbangan komersil merempuh mercutanda-mercutanda terkenal di Amerika Syarikat iaitu Twin Towers World Trade Center di New York City dan bangunan Pentagon berhampiran Washington, D.C. sementara pesawat keempat jatuh terhempas di Pennsylvania. Tiada seorang pun yang terselamat. Seramai 3,000 orang termasuk wanita dan kanak-kanak dari pelbagai negara telah kehilangan nyawa pada hari tersebut. Kumpulan militan Islam Al-Qaeda yang diketuai Osama bin Laden telah mengaku bertanggungjawab merampas penerbangan-penerbangan serta melakukan serangan-serangan tersebut.

Dalam sekelip mata, Islam menjadi musuh nombor satu dunia dan bertukar wajah menjadi agama yang digeruni. Umat Islam di seluruh dunia dicurigai dan ditakuti walaupun ada umat Islam sendiri yang menjadi mangsa serangan-serangan tersebut. Dunia Barat menganggap umat Islam sebagai risiko keselamatan dan apa sahaja berkaitan Islam dan umatnya dicurigai, tidak kira dari mana atau siapa mereka mahupun bagaimana pakaian mereka.

 

…maka bermulalah 'Islamophobia'.